Skip to main content

Viral

Berjaya Jual 1 Juta Botol Sambal Nyet, Khairul Aming Raih Jumlah Jualan Sebanyak RM14 Juta

khairul-aming.jpg

Sejak beberapa tahun lalu, nama pengsohor Khairul Aming cukup terkenal dalam kalangan pengguna media sosial.

Masakan tidak, bermula dengan memperkenalkan video-video resepi setiap kali tibanya bulan puasa, nama Khairul Aming dalam bidang kulinari semakin memuncak selepas pelancaran produknya, Sambal Nyet.

Lebih istimewa, jenama Sambal Nyet keluaran Khairul Aming begitu laris di pasaran, sehinggakan ia habis dijual setiap kali stok-stok baharu ditambah di pelantar beli-belah online.

Terkini, menerusi perkongsian terbaharu di Twitter, Khairul Aming mendedahkan yang penjualan Sambal Nyet miliknya telah mencecah sehingga 1 juta botol selepas setahun setengah diperkenalkan.
 

Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi ?? (Thread): pic.twitter.com/C0z0Y8wUT5

Must-Watch Video

Advertisement