“Berjaya Matikan Rasa Kekok” - Suri Katriana Kenangan 2019 Paling Manis Ernie Zakrie
Mya Amri
07/01/2020 11:55 MYT
07/01/2020 11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri akui penglibatannya dalam drama Suri Katriana merupakan kenangan termanis untuk tahun 2019.
Ernie mencoretkan rasa penghargaannya itu menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Ernie, tidak mudah untuk berkarya sebagai seorang pelakon namun perkara itu dapat di atasi dengan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.
“Semalam #SuriKatriana dah pun tamat di Astro Prima. Walaupun Suri hanya terlibat dalam beberapa episod tapi ini lah kenangan paling manis sepanjang tahun 2019.
“Mungkin saya selalu cakap berlakon ni susah, ya memang susah. Saya bukan pelakon namun rasa hati nak mencuba tu tinggi.
“Alhamdulillah berkat pertolongan rakan pelakon dalam set dan juga pertolongan semua krew, saya berjaya mematikan rasa kekok sikit demi sikit.
“Thank you so much to @paliyahyalatest kerana tak pernah putus bagi semangat dan kata-kata positif, tak pernah mematahkan semangat saya dan sentiasa sabar dan memberi ruang untuk saya mengekspresikan watak Suri.
“Thank you kepada all casts, tak terjangkau fikiran bekerja dengan semua yang hebat-hebat. Kru yang paling best awesome fun semua lah!
“Saya belajar banyak benda, explore segala macam. Baru terasa sedih #SuriKatriana dah habis. Terima kasih semua yang terlibat, dan semua yang menonton,” tulisnya.
Selain Ernie, drama Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Rozita Che Wan, Aishah Azman, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.
Drama arahan Pali Yahya yang ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121) itu sudah menemui penghujungnya pada Isnin.
Manakala dalam perkembangan terbaru, Ernie Zakri tampil dengan lagu berjudul Gundah.
Lagu tersebut ditujukan khas buat Allahyarham datuk dan neneknya, Mohamed dan Rokayah.