Selepas ditegur netizen di TikTok yang mengatakan dirinya tidak seperti dahulu, penyanyi dan pelakon Danny X-Factor nekad menurun badannya dari 92 kini 77 kilogram.

Langsung tidak tersinggung dengan komen netizen, Danny memberitahu dia berjaya menurunkan beratnya dengan mengamalkan gaya hidup sihat sejak Jun lalu.

"Semuanya bermula selepas saya aktif di TikTok. Saya tak sangka terima maklum balas positif dan masih ramai yang kenal saya selepas post gambar di TikTok.

"Tapi di sebalik komen positif itu, ada juga komen dan tegur saya sudah tidak macam dulu. Jadi, saya tergerak hati untuk turunkan berat badan dengan amalkan gaya hidup sihat.

“Saya tak tersinggung pun dengan komen itu dan saya anggap ia adalah satu teguran dan pembakar semangat untuk turunkan berat badan,” katanya kepada Gempak.

Malah, Danny turut memaklumkan isterinya juga teruja melihat perubahan badannya dan mula berpegangan tangan ketika mereka keluar berjalan-jalan.

“Isteri pun seronok tengok saya sudah mula kurus kerana sebelum ini dia pernah tunjuk perbezaan wajah saya di foto perkahwinan kami dengan sekarang. Sangat berbeza.

“Malah, sejak berat badan saya turun, isteri sudah mula berpegangan tangan ketika keluar berjalan,” ujarnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!