Hanya menampilkan dua karakter iaitu seorang ibu dan anak lelaki, filem pendek Antara Pintu yang dihasilkan oleh Gempak berjaya membuat penonton berjurai air mata.

Menggunakan khidmat pelakon hebat Siti Elizad sebagai ibu dan Wafi menjayakan karakter anak, Antara Pintu hanya berdurasi sekitar 16 minit.

Namun dalam setiap babak dan dialog yang dihasilkan, dilengkapi lakonan mantap Elizad dan Wafi, Antara Pintu membawa nostalgia yang cukup mengesankan kepada penonton.

Apa lagi apabila tim produksi yang terdiri daripada pengarah, Ezrie Ghazali bersama Akmal, Amirrul, Zaid, Wan J dan Fauzan meletakkan elemen pandemik Covid 19 sebagai bumbu utama dengan kasih sayang seorang ibu membuatkan Antara Pintu yang mengambil latar bulan Ramadan sehingga hari kemenangan, Aidilfitri sempurna.

Ringkasnya Antara Pintu mengisahkan tentang Adan yang telah terpisah dengan ibunya selama berbelas tahun.

Dia perlu pulang ke kampung menemani ibu yang menjalani kuarantin dan hanya berbicara di sebalik pintu.

Adan menyimpan perasaan benci terhadap ibu yang pada pemikirannya tidak bertanggungjawab terhadap dirinya sehingga dewasa.



"Nak cakap pasal tanggungjawab konon," begitu salah satu dialog yang dilontarkan Adan buat ibunya sewaktu Elizad memberitahu dia perlu terus bekerja dengan mengambil upah menjahit kerana itu tanggungjawabnya.

Malah, antara dialog lain yang cukup mengesankan dari Adan buat sang ibu adalah: "Adan harap ibu buka pintu" pada beberapa babak terakhir cukup meruntun jiwa.

Mahu tahu bagaimana kesudahan filem pendek yang menyampaikan banyak mesej tersurat di 'sebalik pintu', ini hanya lupa saksikannya.

Tonton Antara Pintu menerusi Website: https://gempak.com/video-terkini/antara-pintu-sebuah-filem-pendek-hari-raya-dan-hari-ibu-dari-gempak-

Facebook:
https://fb.watch/5ndhFHf7WG/


IGTV:
https://www.instagram.com/tv/COpDEiNAyJw/?igshid=wpz4v93hg72y


Youtube:
https://youtu.be/mQIjlX-u9UA


Selamat Hari Ibu dan Salam Aidilfitri semua. Hormati ibu dan nilai setiap pengorbanan yang dilakukan mereka walau apa juga yang berlaku.