“Berjurai Ayaq Mata Tunggu Depan OT Sampai Habis Surgery…” - Syeriv Dikejarkan Ke Hospital, Terima Tujuh Jahitan
Mya Amri
04/03/2021 02:25 MYT
04/03/2021 02:25 MYT
Pelakon Syatilla Melvin berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian mulut.
Syatilla berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Rakaman video pendek itu menunjukkan keadaan Syeriv sebelum dan selepas menjalani pembedahan kecil.
Menurut Syatilla, Syeriv terpaksa ditidurkan sebelum menerima tujuh jahitan dibahagian bibirnya.
“Satu benda yang paling kita cuba nak elak terjadi. Terkoyak bibir bawah dia sebab terjatuh. Jadi bawa pergi hospital memang berjahitlah. Ya Allah.
“Disebabkan tak pernah jadi, bubu tunggu depan OT sampai Syeriv habis pembedahan. Risau bila dia buka mata bubu tak ada.
“Berjurai-jurai air mata bubu tau dak anak. The momen bila dia sedut gas lepas tu tidur tu yang buat bubu sedih sangat-sangat.
“Tadi menangis-menangis tiba-tiba senyap. Lukuh habis bubu Syeriv. Allahuakhbar anak. Alhamdulillah syukur taka da apa-apa yang serius. Berdebar Tuhan je yang tahu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Syatilla juga memberitahu sebagai seorang ibu, dia tidak akan dapat melupakan peristiwa yang menimpa anak lelakinya itu.
“Sampai bila-bila takkan bubu lupa. Sedihnya Ya Allah tengok anak kita macam tu. Terpaksa tidurkan untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar.
“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik macam mana lah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya.
“Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Macam ni pun rasa tak sanggup tengok,” coretnya.
Tamba Syatilla lagi, demi komitmen urusan kerja, dia tetap meneruskan penggambaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.
“Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung penggambaran. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada keluarga tunggu kat rumah.
“Susah hati jangan cakap lah. Alhamdulillah Allah lancarkan semua. Ni lahh yang dikatakan korban perasaan untuk kerja.
“Aku memang tabik orang-orang yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu hari ini. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi aku sangat luar biasa.
“Doakan Syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik. 7 jahitan habuan untuk @syeriv_samheizy anak bubu Ya Allah,” tulisnya.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.