,
Berita

“Berkahwin Itu Mudah Tapi...”- Air Mata Shahida Jatuh, Aliff Syukri & Isteri Berbaik

Syafiqah Jalal
22/10/2019
05:16 MYT
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memuat naik video yang menunjukkan dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berdamai selepas rumah tangga mereka didakwa dilanda badai sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsi di Instagram itu, mereka berpelukan dan Shahida tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata.
Menurut Aliff menerusi kapsyennya, pergaduhan dalam perkahwinan itu perkara normal kerana bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina.
Namun, dia bersyukur kerana keluarga mereka masih bersatu.
“Terima kasih Allah.. kerana masih sayangkan family ni, semua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak? kalau setuju komen di bawah.
“Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran yang perlu dilalui..
“Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasangan kontra dari semua sudut.. Siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga saya pasti semua pernah.. Begitu juga saya.. Itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yang dilahirkan berbeza perut, nak hidup sekali sampi ke mati...
“Mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza, pendapat dan ego.. Sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat dan kadang kala mahu bergaduh... Inikan pula suami isteri,” tulisnya.
Rumah tangga pasangan ini dikatakan mengalami masalah selepas masing-masing memuat naik kapsyen yang memberi spekulasi kepada netizen terhadap perkahwinan mereka.
Tambah Aliff lagi, sebagai pengajaran dia berpendapat dalam perkahwinan itu setiap pasangan perlu berhenti mencari kesalahan dan cuba memperbaiki diri.
“Orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. Bagi abang dalam perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing masing kadang kala tak semua benda kita betul.
”Tak guna pun kalau kita cari siapa betul atau siapa yang menang? Pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main perananlah..
“Jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kenalah belai dan faham suami.. Jangan suami buat baik, dipijak kita pula.
“Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam hidup ini, maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. Itu namanya syurga..
“Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. Terima kasih doa kalian semua..
“Syukur Alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yang tahu.. Kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami.. Apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu saya ciptakan sempena kisah sedih saya yang bergaduh hampir tiga bulan,” luahnya lagi.
Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.

smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah?? . . Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui.. Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati... mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat ... dan kadang kala mahu bergaduh... inikan pula suami isteri ... orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul... . . . tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fila Kongsi Gelagat Comel Suami Tak Percaya Ada ‘Dua Line’ Dekat Prengnancy Test - “Dia Sanggup Ke Farmasi Balik, Tu Pun Tak Puas Hati…”

gempak
23/10/2024
09:02 MYT
Pempengaruh, Fila Amir mengucapkan rasa syukur apabila hasratnya bersama suami, Muhammad Adama Camara untuk menimang cahaya akhirnya dimakbulkan.
Hiburan

Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

gempak
23/10/2024
05:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz kini sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak sehingga hari ini.
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
BorakSeeni