Laman Utama

Berkahwin Tidak Sampai Sebulan, Ifan Seventeen & Isteri Jalani Program IVF Untuk Dapat Zuriat

gempak
Azwa Rahman
10/06/2021
01:59 MYT
Sponsor Banner
Berkahwin Tidak Sampai Sebulan, Ifan Seventeen & Isteri Jalani Program IVF Untuk Dapat Zuriat
Bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan sedang cuba mendapat zuriat bersama isteri yang baru dikahwininya, Citra Monica menerusi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Menerusi laman sosial Instagram, Ifan memuat naik sekeping foto bersama isterinya di sebuah pusat IVF terkenal di Jakarta Indonesia.
“Bismillah, yang penting usahanya dulu ya sayang, hasil kita serahkan pada Allah. Doakan ya teman-teman,” tulisnya sebagai kapsyen foto.
Sementara itu di ruangan komen, foto tersebut dihujani dengan kata-kata positif serta sokongam buat pasangan tersebut memperoleh zuriat.
Namun, tidak kurang juga ada yang turut mempersoalkan tindakan pasangan yang baru berkahwin itu untuk mengikuti program hamil.
“Amin, semoga dilancarkan semuanya,” komen seorang wargamaya.
“Bismillah, semoga disegerakan mas. Biar sempurna kebahagiaan,” pesan seorang wargamaya.
“Baru sahaja nikah, udah mau program,” tulis seorang wargamaya
“Niat baik, semoga Allah lancarkan semuanya,” kata seorang wargamaya.
“Semangat pejuang dua garis! Doakan aku juga ya teman-teman semoga bulan mendapat dua garis,” luah seorang wargamaya lagi.
Pada 29 Mei lalu, Ifan mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Citra Monica Muhammad Sastrawi di Hotel Pullman, Jakarta, Indonesia.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah kehilangan arwah isterinya, Dylan Sahara dalam sebuah kejadian tsunami yang berlaku sekitar di Tanjung Lesung, Indonesia pada 24 Disember 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live