Laman Utama

“Berkali-Kali Ucap Syahadah, Menjerit, Terlambung…” - Sissy Iman Trauma, Cedera Jatuh Kuda

gempak
Mya Amri
25/02/2021
02:35 MYT
Sponsor Banner
“Berkali-Kali Ucap Syahadah, Menjerit, Terlambung…” - Sissy Iman Trauma, Cedera Jatuh Kuda
Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman mengalami kecederaan selepas terjatuh dari kuda yang ditunggangnya ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen.
Sissy memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Sissy, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya lebam-lebam serta luka di bahagian tubuhnya.
“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi apabila kuda itu mula nampak mesra saya bersetuju untuk teruskan.
“Tapi Allah nak hapuskan dosa rasanya hari ini, masa menunggang naik bukit, kuda itu berpatah balik sebelum berlari menuruni bukit dengan laju.
“Dalam hati memang berkali-kali ucap shahadah dan saya menjerit kerana kuda tu turun bukit laju. Akhirnya, Sissy pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah.
“Nasib tak dipijak kuda, cuma rasa la kaki kuda tu atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray so buat masa ini doktor kata tak ada patah atau tulang retak retak.
“Alhamdulillah cuma lebam dan luka calar- calar sebab terhentak jatuh tetapi saya bersumpah ia memang sangat menyakitkan,” kongsinya.
Bagaimanapun kata Sissy, kejadian itu membuatkan dirinya trauma dan kerana masih terbayangkan situasi yang berlaku.
“Sekarang saya berehat di rumah. Pengamalan itu membuatkan saya cukup trauma, sekarang setiap kali saya pejam mata, saya akan terbayangkan situasi itu.
“Sissy dengan rendah hati nak pohon doa semua oang supaya dikurniakan kesembuhan secepat mungkin.
“Terima kasih Allah untuk peringatan ni. Macam mana kita yakin semuanya akan selamat, dengan kuasa Allah, ‘Kun Fayakun’, Be and it is,” coretnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024