Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Berkat Kesabaran Lima Tahun Menanti, Fila Amir, Suami Syukur Dapat Baby Girl - “Kami Akhirnya Menjadi Papa & Mama”

Mya Amri 15/05/2025 | 12:20 MYT
Pempengaruh, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara mengucapkan rasa syukur apabila mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.

Cahaya mata perempuan

Berita gembira itu dikongsi oleh Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto merakamkan Fila sedang memangku anaknya sambil tersenyum.
Terdahulu, difahamkan, Fila telah menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF) sejak lima tahun lalu.
Sebelum ini, kedua-dua mereka terbuka berkongsi cabaran dalam menjalani rawatan kesuburan dan antaranya adalah tiub fallopio yang terpaksa dibuang.
#Anak #Bersalin #Cahaya Mata #Baby Girl #Fila Amir