“Berkat Permohonan Maaf Fizi” - Les Copaque Capai 10 Juta Langganan & Terima Anugerah Diamond Play Button YouTube!
Azwa Rahman
12/06/2020 09:29 MYT
12/06/2020 09:29 MYT
Jenama animasi terkenal Les Copaque melakar sejarah tersendiri apabila menerima anugerah Diamond Play Button daripada YouTube selepas meraih 10 juta langganan.
Syarikat itu berkongsi berita baik tersebut menerusi laman sosial Twitter rasmi mereka. “Yay! Kami berjaya! Kami merupakan saluran YouTube pertama di Malaysia yang mencapai 10 juta langganan dan menerima anugerah DIAMOND PLAY BUTTON,” tulis pengendali akaun tersebut menerusi satu kicauan.
Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanudin Md Radzi turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada mereka untuk berkarya.
Malah, syarikat itu turut berjenaka tentang spekulasi karakter Fizi dan permohonan maafnya yang membuatkan jenama itu terus meraih langganan di saluran YouTube.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang teruja dan memberikan ucapan tahniah di atas penghargaan tersebut.
“Tahniah!! Sudah sampai waktunya upin dan ipin masuk sekolah rendah HAHAHA,” tulis seorang wargamaya.
“Congrats! Teruskan berkarya,” puji seorang wargamaya.
“Tahniah! Ni mesti berkat permohonan maaf Fizi waktu itu,” komen seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, karakter Fizi telah memohon maaf di atas kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.
Kontroversi timbul apabila dalam episod Syahdunya Syawal, Fizi menyebut 'tiada ibu, tiada syurga buat Upin dan Ipin' hingga mengundang perbalahan wargamaya.
Syarikat itu berkongsi berita baik tersebut menerusi laman sosial Twitter rasmi mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.