Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Dah Ada Kedai Sendiri!
Fiza Kamarudin
19/09/2020 02:33 MYT
19/09/2020 02:33 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey meluahkan rasa syukur kerana sudah memiliki kedai sendiri hasil titik peluh berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan.
Hidayah berkongsi berita membanggakan tersebut menerusi posting Instagram (IG) nya pada petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.
“Terima kasih abg Dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support Dayah,” katanya.
Difahamkan Hidayah atau nama sebenarnya Siti Nurhidayah Mohd Ali mula memohon untuk mendapatkan kedai tersebut pada 2 Ogos lalu di Majlis Daerah Sabak Bernam.
“Terima kasih juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat,” katanya.
Hidayah pada April lalu memulakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan untuk menyara hidup dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.