Laman Utama

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara

gempak
Maliah Surip
29/05/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Pesohor Arnold Schwarzengger dan Bruce Willis diketahui menjadi sahabat baik sejak sama-sama mencipta nama dalam dunia hiburan Hollywood sekitar era 80-an dan 90-an.
Mereka juga bersama mendirikan Planet Hollywood dan mencipta kemahsyuran lewat filem The Expendables.
Pada usia 75 tahun Schwarzengger masih aktif dan baru muncul dengan siri Fubar dalam Netflix sementara Willis yang didiagnos mengalami masalah nyanyuk sudah bersara.
Buat pertama kali Schwarzengger bercakap mengenai Willis, 68, yang disifatkan sebagai seorang individu hebat dan pesohor yang luar biasa.
“Saya rasa Willis sangat luar biasa. Untuk bertahun-tahun lamanya dia adalah seorang bintang yang hebat.
“Saya percaya dia akan selalu dikenang sebagai seorang bintang hebat dan individu yang baik,” kata Schwarzengger seperti dilaporkan CNN.
Bercakap mengenai tahap kesihatan dan keputusan Willis bersara sejak Mac 2022, Schwarzengger mengatakan faham dengan situasi tersebut tetapi diluar konteks seorang pelaku seni, dia menyifatkan sahabatnya itu tidak pernah bersara.
“Saya faham kerana kekangan kesihatan keputusan bersara terpaksa diambil. Tapi sebenarnya dia tak pernah bersara. Bintang filem aksi sentiasa bernilai,” katanya lagi.
Terdahulu Emma Heming Willis mengumumkan suaminya terpaksa mengambil keputusan bersara kerana sudah tidak mampu mengingat dan berkelakuan seperti biasa kerana masalah nyanyuk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live