Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Berkawan Rapat Dengan Seorang Jejaka Cina, Ezlynn Ariffin Tidak Terburu Ingin Kahwin

Zulaikha Yusof
21/05/2019 02:41 MYT
Penyanyi Ezlynn Ariffin akui enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas bercerai pada Oktober 2017.

Menurut Ezlynn walaupun kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka Cina namun dia tidak menaruh harapan yang tinggi.

"Saya akui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka Cina yang juga merupakan rakan perniagaannya.

"Kami masih berkawan rapat cuma perbezaan agama membuatkan saya tidak menaruh harapan yang tinggi.

"Kalau boleh saya memang mahu cepat kahwin tetapi dalam hal ini banyak hati perlu dijaga," katanya kepada Gempak.

Ezlynn ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Warner Music di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Tambah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini dia tidak ingin memaksa jejaka itu memeluk Islam.

"Ini melibatkan perbezaan agama, saya tidak mahu memaksa si dia memeluk Islam.

"Saya ingin perasaan cintakan Islam mendahului segalanya. Doakan yang baik-baik," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Ezlynn Ariffin
;