Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berkawan Tak Sampai 2 Tahun, Jiggy Masin Sah Jadi Suami Dhabitah Sabri - “Kami Tak Ada Niat Pun Nak Sorok Cuma…”

Asyikin Mayudin
30/04/2023 01:55 MYT
Dalam diam rupa-rupanya pelawak Jiggy Masin telah sah menjadi suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.

Menurut Jiggy, dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.

“Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa… cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.

“Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respon soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi.

“Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga la. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.

“Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami,” ujarnya.

Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan isterinya akan ke China selama sebulan untuk sesi latihan.

“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… InsyaAllah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including olympic, asian games.

“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, InsyaAllah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.

Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.

#Jiggy #Jiggy Masin #Dhabitah Sabri #Dhabitah #Dhabitah kahwin #Jiggy Dhabitah #Jiggy nikah #Penerjun Malaysia
;