Gaya Hidup
Berkebaya Merah Jambu & Kain Batik, Cantiknya Seragam Baru Pramugari Indonesia!
Syarikat penerbangan rasmi Indonesia, Garuda Indonesia memperkenalkan seragam terbaru iaitu sepersalinan kebaya dan batik untuk dipakai oleh pramugari mereka.
Koleksi kebaya yang diberi nama Kebaya Pertiwi ini merupakan hasil rekaan pereka fesyen tersohor Indonesia, Anne Avantie.
Kebaya Pertiwi mula digunakan secara rasmi dalam penerbangan GA238 dari Jakarta ke Semarang semalam.
Pakaian kebangaan Indonesia ini direka dengan rona merah jambu muda bersama kain batik berwarna coklat muda.
Sehelai selendang berwarna merah jambu tua turut disertakan untuk diikat di pinggang pramugari.
“Hari ini saya bersyukur dan bangga, sekali gus bahagia atas rencana akan diluncurkan Kebaya Pertiwi persembahan karya cinta Anne Avantie untuk Garuda Indonesia.
“Sebuah mimpi setinggi awan akhirnya Tuhan nyatakan dalam kemuliaan-Nya. Semoga Kebaya Pertiwi semakin membanggakan nama Bangsa dan Tanah Air Indonesia,” tulis Anne Avantie di laman Instagramnya.
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram Anne Avantie, ramai netizen memuji kecantikan kebaya tersebut.
Rata-rata mereka berbangga apabila Kebaya Pertiwi itu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video