Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berkelah Di Bagan Lalang, Adun Ketari, Young Syefura Akan Bayar Kompaun Langgar SOP PKPB Segera

Maliah Surip
17/11/2020 23:10 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman mengatakan beliau akan menjelaskan bayaran kompuan yang diarahkan kepadanya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini dalam masa terdekat.

Pengakuan itu lakukan Young Syefura semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang semalam, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kelmarin.

Beliau juga mengatakan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.

Pada masa sama, Young Syefura yang dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut meminta maaf kerana telah melanggar SOP PKPB.

"Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

"Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu," katanya seperti dilaporkan Awani.

Sebelum ini banyak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Young Syefura yang didakwa telah melanggar SOP PKPD apabila beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor.

Beliau kemudian meminta maaf kerana berkelah dan terbuka untuk dirinya disiasat.

Selangor merupakan antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.

Kredit Foto: Utusan


#Young Syefura #Adun Ketari #Kompaun SOP