Penyanyi popular Hollywood, Lana Del Rey dilaporkan bertunang dengan Clayton Johnson yang juga merupakan seorang penyanyi.

Memetik laporan Vanity Fair, spekulasi mengenai pertunangan Lana mula tercetus pada Isnin selepas dia tampil memakai cincin berlian pada jari kirinya ketika membuat persembahan di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Menurut tinjauan peminat, Lana sudah mula memakai cincin tersebut sejak bulan Oktober lalu.

Para peminat pelantun lagu Born To Die ini juga menyedari dia dan Clayton sudah mula mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak Ogos lalu.

Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan menerusi aplikasi temu janji (dating app) dan tidak menyelindungkan tentang perhubungan mereka sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Lana menjalin cinta bersama bintang program televisyen, Live PD, Sean Larkin namun putus selepas enam bulan.

Sumber : Vanity Fair
Kredit Foto : Billboard & people.com