Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Berkesan Sungguh! Pemuda Gantung Poster Cari Jodoh Ini Akhinya Bakal Berkahwin Dengan...

Hanafis Haris 24/08/2020 | 07:55 MYT

Pemuda ini pernah menggemparkan media sosial apabila dengan beraninya menggantung poster yang memaparkan wajah dan maklumat peribadinya untuk mencari jodoh.

Nooraziro Abdullah yang berasal dari Marang menjelaskan ketika itu dia terpaksa menggunakan cara berkenaan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat selepas usahanya mendapatkan jodoh gagal.

Namun, itu sekitar tujuh bulan lalu, kini Nooraziro dikatakan sedang rancak melakukan persiapan kahwin yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menerus Harian Metro, Nooraziro memberitahu dia dia sedang bercinta dengan seorang gadis sejak Mac lalu selepas mengenali perempuan itu pada akhir Januari.

"Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya.

"Saya mengambil keputusan untuk berkawan lebih rapat dan akhirnya mencintai bakal isteri saya ini," katanya.

Menurutnya, semua ahli keluarganya sudah berjumpa dengan wanita itu dan mereka merestui hubungannya mereka.

"Adik-adik saya semua suka pada Ibah dan mereka berharap perkenalan dan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin.

"Saya dan Ibah merancang untuk kahwin pada Mei lalu tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang tarikh asal perkahwinan terpaksa dianjak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

;