Tindakan sekumpulan pemuda yang berkhemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya tidak senang dengan aktiviti mereka.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sebuah video yang diambil daripada platform TikTok mengenai aktiviti berkhemah mereka.

Menerusi perkongsian video enam saat itu, sekumpulan pemuda sedang memasang khemah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Malah menerusi perkongsian yang berbeza, sekumpulan anak muda lain dilihat melepak sambil menikmati mi segera dan membancuh kopi.



Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berasa kecewa melihat perlakuan kumpulan pemuda yang dilabel sebagai ‘terpaling outdoor’ ini.

Mereka juga berpendapat aktiviti berkhemah di tempat parkir kereta adalah dilarang dan tidak beretika memandangkan perbuatan itu dikhuatiri akan diikuti oleh golongan pelancong yang tidak bertanggungjawab.

“Elok tempat Genting tu orang nak rehat, nak sightseeing, nampak budak budak melayu ni pacak khemah kat parking lot la, memasak tepi jalan la. Hopefully Genting securities will be stricter. Semak betul,” komen seorang wargamaya.

“Dia bukan nak style lepak atas tu bukak khemah tau. Dia pasal etika. Etika kat tempat parking tu tiber nak pacak khemah. Takde common sense ke. Cuba orang takde adab tiba parking kete dengan pagar rumah kau. Marah tak? Tak salah pun nak parking kete depan tu cuma menghalang tuan rumah,” tegur seorang wargamaya.

“Ini kalau pelancong nampak, deme tiru, tak laku lah hotel-hotel kat Genting tu,” ujar seorang wargamaya.

“MASING-MASING TENGAH BERLATIH NAK JADI GELANDANGAN KE CAMNE?” luah seorang wargamaya.

“Saya jenis tiap minggu akan camping, tapi bercamping dekat parking lot genting tu tak sesuai ye anak-anak. Sangat tak sesuai. Atas tu dh la ramai mabuk. Port ko pulak dekat parking lot,” kata seorang wargamaya.

“Moga roh uncle Goh Tong keluar dan hempuk satu satu yang menyemak,” usik seorang wargamaya lagi.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!