Pelakon dan penyanyi Azza bengang apabila diperdaya oleh individu yang mendakwa dirinya rakan baik kepada seorang selebriti tempatan.

Individu yang dikenali sebagai Fuad itu kata Azza terbabit dalam urusan menyediakan perkhidmatan tukang gaji.

Bagaimanapun, Azza kecewa apabila individu terbabit cuma memanipulasi situasi dan memperdaya sejumlah wang bernilai ribuan ringgit.

"Saya bayar RM6,000 untuk kawan artis ini, katanya kawan dia boleh tolong carikan maid, nanti permit boleh buat sendiri.

"Aku bayar kebetulan ada sikit dalam simpanan, bukan 60 sen atau RM60. Berkicap dik nak cari RM6,000! Berkicap laki aku nak angkat sejadah berguni-guni tu. Kau tak fikir ke menipu ni Ya Allah. Tak kaya kalau kau menipu sekali pun," katanya menerusi kemas kini di Instagram.

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)


Kata Azza, selepas diviralkan, individu terbabit menghubunginya dan akan membayar semula RM750 kepadanya namun lebih mengecewakan apabila mendapat pembantu rumah yang tidak kompeten.

"Kata nak hantar yang umur 40 tahun, tapi yang datang umur 70 tahun.

"Kau hantar aku maid untuk ganti tapi asyik 1,000 kali ya puan ya puan. Aku suruh jaga anak aku, ko tengok aku urut pula," tambahnya.

Tegas Azza, imejnya yang kini berhijab tidak sepatutnya dijadikan sasaran untuk dipijak-pijak dan dipergunakan untuk mengaut keuntungan.

"Aku nak bagitahu, aku bukanlah lembut sangat pun. Aku pakai tudung aku husnuzon tapi bila bab ni aku rasa ditindas disebabkan perubahan aku.

"Aku cuba untuk fikir baik-baik tapi korang pijak kepala. Kalau kau kenal aku yang dulu aku tak tahulah apa nasib kau," kata Azza.

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)