Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Berkumpul & Makan Bersama Keluarga di Lobi Resort Viral, Ini Penjelasan Abudi Alsagoff

Zulaikha Yusof 19/08/2020 | 05:10 MYT
Atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff tampil menjelaskan situasi sebenar dia berkumpul bersama keluarga di kawasan lobi tempat penginapan milik usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.
Menurut Abudi, dia memilih lobi kerana tidak ada tempat lain yang sesuai untuk diadakan lokasi perjumpaan keluarga.
Malah, dakwanya, dia sudah meminta kebenaran dari staf yang bertugas untuk makan di kawasan tersebut.
"Untuk pengetahuan, kita alih kerusi kerusi untuk mengadakan perjumpaan keluarga disebabkan surau dibuka dan penuh kelkatu nak duduk pun tak boleh kena serang macam dalam filem Zombie dan main kat lobi tu malam, memang takda tetamu lain kat situ.
"Dari 9.00 sampai 12.00 tengah malam (kami tempah bilik semua di belakang lobi tu) kaunter pun dah tak ada orang jaga. Kerusi dah susun balik lepas guna.
"AS nak cakap ada padang dan tempat mainan kanak-kanak masa malam ke? Sila tunjuk..
"Kita kumpul kat lobi sebab waktu malam dah takda tempat lain untuk kumpul. Kata family friendly resort tapi semua tengah upgrade dari ATV sampai flying fox tiada siapa yang uruskan.
"Kalau dia sayang perniagaan dia kena cari macam mana nak memperbaiki sistem pantau staf 'terlalu berkelayakan' dan 'terlatih'
"Makan kat lobi tu dah minta izin.. Pool dia dah buat basah tempat gazebo dan kita dah nak checkout jadi tak nak budak-budak basah.
"Bukan kita mintak izin staff ke? Depan hidung depa kita makan siap kita ajak depa makan sekali.
"Maaflah budak-budak jumpa sepupu dia memang happy having fun!!" tulisnya di laman Twitter.
Tegas Abudi, isu itu disuarakan kerana Aliff tidak dapat menerima kritikan daripada seorang pelanggan.
"I have said enuff dan penghujungnya benda ni dinaikkan isu kerana Datuk AS tak mau terima kritikan membina!!
"Pernah duduk Lexus tandas rosak terus dia bagi baucer bilik percuma RM700 yang ada indoor kolam renang ya.
"Berapa lama boleh tipu pengunjung? Satu-satunya pelanggan yang datang lagi adalah dirinya kerana staf hanya perform ketika dia berada di sekitar," tulisnya lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu tular keluhan seorang atlet parkour yang mendedahkan resort milik seorang usahawan kosmetik tidak dijaga dengan baik dan kotor.
BACA: Cadar Tak Cuci, Peti Ais Ada Lipas, Resort Milik Usahawan Kosmetik Ini Dikritik Hebat! Sampai Kena Ugut!
Sehubungan itu, Aliff Syukri kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti atlet terbabit sepanjang menginap di resort tersebut.
BACA: Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”
BACA: "Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik" - Bekas Pekerja Usahawan Kosmetik Bersuara, Sokong Tindakan Pelanggan Resort​
#Aliff Syukri #Bola Sepak #Abudi Alsagoff #Lobi
;