Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Berlakon & Perniagaan Gerak Seiring" - Dazrin Kamarudin

Zulaikha Yusof
02/09/2020 08:27 MYT
Pelakon Dazrin Kamarudin, 32, menyatakan dia masih meneruskan kerjaya sebagai anak seni walaupun kini sudah menceburi bidang perniagaan.

Kata Dazrin, dia tidak pernah mempunyai niat untuk meninggalkan karier seni.

"Saya masih aktif berlakon. Saya takkan tinggalkan saya punya asas. Saya masih meneruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Cuma sekarang ini mungkin saya keluar dengan imej baru. Insya-Allah kalau ada tawaran berlakon, saya tak akan tolak.

"Bidang perniagaan pun saya tetap teruskan. Kedua-duanya bergerak seiring," katanya kepada Gempak.

Dazrin ditemui ketika Majlis Pelancaran Al Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) serta pelantikan sebagai Pengarah Urusan di Al Aqsa Shah Alam.

Turut sama hadir ke majlis adalah YAM Tengku Temenggong Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullai ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati.

Dalam pada itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Adam dan Hawa akui dapat mempelajari cara meniaga baru dan dalam masa dapat membantu masjid yang memerlukan karpet.

"Saya berminat sangat dengan Al Aqsa Carpets bukan sebab apa. Di sini kita hidup dengan era global perniagaan. Semua orang nak berniaga sekarang ini.

"Saya dapat satu benda baru iaitu cara meniaga secara 'Ma Naa An Bayul Majhul' iaitu bersifat telus, tiada sebarang penipuan, caj tambahan atau harga bawah meja untuk setiap pelanggan yang datang.

"Perniagaan di sini berkonsepkan 'Tayyibun' bermaksud amanah dan halal. Apa yang menarik lagi minat saya adalah matlamat Al Aqsa Carpets ingin membekalkan karpet premium kepada masjid-masjid," katanya lagi.

#Berlakon #Dazrin Kamarudin #Perniagaan