Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

Asyraf Roslan
12/09/2024 10:45 MYT
Seorang lelaki dilaporkan cuba menculik seorang kanak-kanak di sebuah sekolah berdekatan Masjid Darul Ehsan, SS15.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Daryl kepada World Of Buzz pada Khamis.

Menurut Daryl, kejadian itu berjaya dirakam melalui kameta litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut.

Dalam rakaman CCTV , lelaki itu dilihat cuba mendekati dua orang kanak-kanak yang sedang berada di sekitar sebuah mesin layan diri dan cuba berbual bersama mereka sebelum meletakkan tangannya di bahu kanak-kanak tersebut, yang kelihatan tidak selesa dan cuba untuk melarikan diri.

Daryl juga turut menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan saling menjaga keselamatan anak-anak mereka.

“Sebarkan mesej ini kepada semua, terutamanya yang tinggal di Subang Jaya. Bersama, kita dapat mencegah insiden sebegini pada masa hadapan. Semoga keluarga dan komuniti kita sentiasa dilindungi.” ujarnya kepada World Of Buzz.

Sehingga kini, Daryl tidak pasti sama ada laporan polis telah dibuat. Jika sesiapa mempunyai maklumat tentang lelaki tersebut, sila hubungi Cikgu Shah di 019-8626378 dengan segera.

Sumber: World Of Buzz

#Culik #Subang Jaya #Kanak-Kanak #SS15