Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Berlari Naik Turun Tangga Tanpa Henti” - Putus Cinta, Kim Jong Kook Bersenam Untuk Lupakan Kisah Sedih

Mya Amri 29/05/2019 | 15:11 MYT
Penyanyi dan juga anggota Running Man, Kim Jong Kook mempunyai cara tersendiri untuk mengubati hati yang terluka.
Perkara itu didedahkan oleh Jong Kook dalam program My Ugly Duckling yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Jong Kook, dia akan kerap melakukan senaman selepas hubungan cintanya berakhir.
Senaman itu dilakukan untuk mengelakkan dirinya daripada terlalu memikirkan tentang kisah sedih itu.
“Apa yang saya ingat selepas putus cinta adalah… Saya sering bersenam selepas melalui fasa menyedihkan itu.
“Pernah suatu ketika, hubungan cinta kami berakhir pada lewat malam dan saya mengambil keputusan untuk melakukan senaman dengan berlari naik turun tangga tanpa henti sambil mendengar muzik.
“Secara jujurnya dalam percintaan, orang yang lebih menyintai itu lah kebiasaannya akan lebih merana,” ujarnnya.
Terdahulu, Jong Kook dikenali sebagai seorang yang sangat setia dan jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.
Sumber: Soompi
#Running Man #Kim Jong Kook #Artis Korea #Running Man
;