“Berlatih 2-3 Minggu Terus Naik…” - Jojo Ghazali Bidas Trend Selebriti & Pempengaruh Sertai Muay Thai
Jaguh sukan Muay Thai, Jojo Ghazali meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir selebriti dan pempegaruh didakwa tidak menjaga ada ketika menyertai sukan Muay Thai.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Jojo atau Muhammad Johan Ghazali Zulfikar perkara tersebut bukan sahaja memalukan malah boleh menjejaskan imej serta perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia.
“Betul-betul memalukan sekarang, ada influecer, selebriti, macam-macam orang yang acah nak jadi fighter. Berlatih dua tiga minggu lepas tu nak naik ring. Korang nak gaduh, acah jadi fighter suka hati kau lah, buatlah apa korang nak.
“Tapi bila korang masuk dalam sukan Muay Thai, tolonglah jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai bangang korang dekat sini. Lagi-lagi penganjur zaman sekarang semua tak ada etika,” katanya.
Jojo turut menegur sikap segelintir penganjur acara yang didakwa mementingkan populariti dan pemasaran murahan berbanding menjaga integriti sukan.
Tambah Jojo, meskipun acara melibatkan selebriti dan influencer menjanjikan pulangan kewangan lumayan namun ia berisiko merosakkan reputasi serta masa depan Muay Thai.
“Kebanyakanlah semua tak ada etika, korang ni sebelum korang nak buat marketing bangang pakailah otak dulu. Boleh ke? Tak susah pun nak jaga adab, make sure semua ada black and white. Jangan suka hati pakai muka orang atas poster untuk marketing murah.
“Aku faham event-event macam ni banyak duit. Tapi macam mana Muay Thai dan fighter-fighter Muay Thai nak maju kalau asyik join fight-fight bodoh macam ni? Marketing murah, lawan dengan celebrity, influencer. Sekali dua ok lah, tapi bila dah melampau, ia rosakkan sukan.
“Daripada segi marketing, influencer dan celebrity memang boleh tolong. Tapi jangan melampau. Pakai otak, jaga adab dan jangan sampai merosakkan sukan,” pesannya.