Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Berlian Dalam Hidupku, Terima Kasih Allah" - Kaka Azraff Kongsi Gambar Anak Sulung

Hanafis Haris
14/10/2019 16:10 MYT
Penyanyi Kaka Azraff telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu.

BACA: Kaka Azraff Timang Baby Boy... Tahniah!

Menerusi dua posting terbaru di Instagram, Kaka buat pertama kali berkongsi gambar anak lelakinya itu.

"Berlian dalam hidupku. Terima kasih Allah, Syukur Alhamdulillah," katanya.

Menurut Kaka lagi, anak lelakinya itu dilahirkan pada jam 2.14 petang dalam keadaan hujan yang renyai-renyai.

"Terima Kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Kaka dan baby sepanjang pregnancy ini," katanya.

Diamonds dalam hidupku Terima kasih Allah, Syukur Alhamdulillah.

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on


Menerusi ruang komen, kebanyakan pengikut dan peminat di Instagram penyanyi itu teruja atas kelahiran anak pertama Kaka.

Tidak ketinggalan, rakan artis juga turut meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah termasuklah Ismail Izzani, Betty Rahmad, Dynas Mokthar, Yasin Sulaiman dan Azira Shafinaz.

Anda boleh lihat antara ucapan menarik dan titipan doa di bawah.

Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.


#Anak #Baby #Kaka Azraff #Kaka Azraff