Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk menunaikan umrah buat kali kedua baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagramnya, Erra telah membuat dua posting sebagai tanda kenangan ketika berada di tanah suci.

Menurut Erra, umrah kali lebih manis kerana berpeluang untuk menunaikan ibadah bersama sahabat-sahabat baiknya.

“Alhamdulillah… Syukur kehadratMu Ya Allah. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami, Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob. Sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allah… Kami bersyukur.

“Bergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini. Sahabat-sahabay yang ku sayangi. Deqsha, Ery, Fawzi yang telah ku anggap seperti adikku sendiri.

“Muti yang telah menjadi sebahagian dalam hidup ini juga kak intan yang ku anggap kakak sulung yang banyak memberi perhatian dan kasih sayang buat ku.

“Semuanya bersatu hati dan terpanggil untuk mengerjakan umrah bersama. Semuanya kerana ingin mendekati dan menanam kecintaan yang dalam pada Mu Ya Rob, Ya Rasulullah.

“Ku doakan seisi keluarga, sahabat-sahabat juga followers IG ku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

“Kepada yang sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih.

“Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya. Moga ada jalan dan dipermudahkan. Amin.

“Kenangan terindah bersama sahabat-sahabat yang dikasihi. @bettybanafe @intanzabidin @makeupbydeqsha @mreryazree @mdfawzi. Moga ada rezeki dan pertemuan lagi untuk kita ke sana. Rindu,” coretnya yang kini sudah kembali ke Malaysia.

Ku doakan seisi keluarga, sahabat2 juga followers IGku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. kpd yg sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama2 kita bersoa agar keadaan kembali pulih. Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya.. Moga ada jalan dan dpermudahkan.. Aminnn ??. . Kenangan terindah bersama sahabat2 yang dkasihi.. @bettybanafe @intanzabidin @makeupbydeqsha @mreryazree @mdfawzi . Moga ada rezeki dan pertemuan lagi utk kita kesana.. Rinduuuu ? ?

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Alhamdulillah.. syukur kehadratMu Ya Allahhh.. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami .. Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.. sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh.. kami bersyukur ... . Bergelinang airmata mengerjakan umrah kali ini.. Sahabat2 yang ku sayangi.. Deqsha, Ery , Fawzi yg telah kuanggap seperti adikku sendiri.. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dlm hidup ini juga kak intan yang kuanggap kakak sulung yg byk memberi perhatian dan ksih sayang buat ku.. semuanya bersatu hati dan terpanggil utk mengerjakan umrah bersama. .. Semuanya KERAN INGIN MENDEKATI DAN MENANAM KECINTAAN YANG DALAM PADA MU YA ROBBB.. YA RASULULLAH.... Tak mampu kami lalukan apa yg telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yg padu dari ustaz Anaz yg lembut bicaranya.. tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya.. Kali ke2 saya bersama JAD TRAVEL. kami amat berpuas hati .. kami dilayan seperti sebuah keluarga.. penuh dgn kasih sayang.. ?? Syabas @JADTRAVEL and terima kasih byk byk ustaz Anas..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Terdahulu, Erra pernah berkongsi rasa gembira apabila berpeluang untuk menunaikan haji pada Ogos tahun lalu.