Gaya Hidup

Berminat Dengan Pendapatan Pasif? Tukar Lock Screen Telefon Pintar Anda Kepada SwypeOn! Ini Cara-Caranya...

gempak
Amri Hassan
25/07/2019
04:40 MYT
Sponsor Banner
Berminat Dengan Pendapatan Pasif? Tukar Lock Screen Telefon Pintar Anda Kepada SwypeOn! Ini Cara-Caranya...
Percaya atau tidak kajian mendapati rata-rata pengguna telefon pintar kini membuka tetapan kekunci lebih 110 kali sehari.
Malah, pengguna telefon pintar kebanyakannya memperuntukkan lebih 3 jam bersama gajet peribadi setiap hari.
Tidakkah ia merugikan jika anda sebenarnya boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya membuka tetapan kekunci telefon pintar anda dengan menggunakan aplikasi SwypeOn.
SwypeOn merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda memilih dan menyesuaikan isi kandungan yang muncul setiap kali anda membuka tetapan kekunci telefon.
Dalam erti kata lain, anda pengguna SwypeOn akan memperoleh maklumat dan info terkini mengenai barangan atau berita yang anda minati dengan hanya membuka tetapan kunci telefon pintar anda sahaja!
Setiap kali anda membuka tetapan kekunci telefon pintar ke atas, anda akan dibawa langsung ke iklan terpilih dan transisi aksi itu akan membolehkan anda memperoleh ganjaran tunai (cash reward) di dalam built-in wallet yang juga dikenali sebagai points.
Pengguna juga berpeluang untuk memperoleh hadiah cabutan bertuah bulanan, rebat dan pelbagai lagi promosi! Hebat bukan...
Namun harus diingat, anda hanya boleh mendapatkan ganjaran tunai itu sekiranya mencecah RM50 yang dikira setiap bulan.
Selain itu, bagi peniaga dalam talian, anda juga berpeluang untuk mengiklankan produk anda menerusi SwypeOn.
Jadi, tunggu apa lagi! Segera muat turun aplikasi SwypeOn di telefon pintar anda.
Dapatkan SwypeOn di Play Store untuk pengguna Android OS! Maklumat lanjut di www.swypeon.com
Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live