Gara-gara memuat naik foto dengan imej bermisai dan berjambang, wajah pelakon dan penyanyi, Yusry Abdul Halim disamakan dengan bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham.

Yusry yang memuat naik foto tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya itu telah mendapat pelbagai respon dari peminat serta pengikutnya.

Rata-rata memuji imej terbaharunya itu dan memintanya untuk kekal begitu kerana diihat lebih kacak.
“Alamak kacaknya.

“Macam David Beckham.

“Handsomenya, sila simpan sahaja (jambang) itu.

“Macam John Wick pun ada,” komen antara peminatnya.

Terdahulu, entri tersebut dimuat naik Yusry adalah untuk meminta peminatnya meneka baju yang dipakainya.


“Hari ke 45 PKP, baru sahaja selesai sesi penggambaran. Norma baharu

“Umur baju yang saya pakai ni lebih kurang 18 tahun. Siapa ingat baju ni dari mana?

Namun pertanyaannya itu tidak berapa mendapat sambutan kerana rata-arata lebih tertarik dengan imej barunya itu.

Yusry mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani, 34, pada 23 Februari 2013.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 5 dan Yusof Leonne, 3.

Day 45 MCO Just finished a phone ‘shooting session’. New normal ? Umur baju yang saya pakai ni lebih kurang 18 tahun. Sapa ingat baju ni dari mana?

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim) on