Sejak diterbitkan menerusi filem pertama pada tahun 1999, francais The Matrix telah mencetuskan fenomena menakjubkan.

Pastinya ketika itu, segala efek CGI yang digunakan sangat ke hadapan dan revolutionary!

Namun, tahukah anda banyak fakta menarik sepanjang kesemua filem terdahulu dihasilkan?

Berikut merupakan enam fun facts anda perlu tahu!

#1 The Matrix bermula daripada sebuah komik!

Agak mengejutkan apabila penghasilan filem terkenal Lana dan Lilly Wachowski mendedahkan mereka pada asalnya menerima jalan cerita The Matrix daripada sebuah buku komik!

#2 Warner Brothers reject pengarah?

Jangan tak tahu, Warner Brothers pada pernah menganggap Wachowskis tidak mempunyai pengalaman pengarah dan tidak layak untuk mengarahkan filem The Matrix.

Untuk membuktikan dia layak, Wachowskis kemudian menghasilkan filem jenayah thriller, Bound yang menjadi agak hit ketika itu. Power!

#3 Aksi pertarungan hasil choreographer Yuen Woo-ping

Wachowskis secara khusus mahu menggunakan choreographer Yuen Woo-Ping kerana menyukai hasil kerjanya menerusi filem Fist of Legend.

#4 Pelakon yang menolak watak Neo

Watak Neo sememangnya ikonik apatah lagi ia dibawa dengan cemerlang oleh Keanu Reeves.

Namun, rupanya Will Smith dan Nicolas Cage pernah menolak watak berkenaan, secara baik.

#5 Warna dalam filem Matrix adalah 'color-coded'.

Setiap adegan yang berlaku di dalam dunia Matrix sebenarnya hanya diberi warna hijau.

Untuk adegan yang berlaku di dunia nyata pula ia mempunyai warna biru.

Satu-satunya masa warna hijau muncul di adegan dunia nyata adalah dalam kod matriks pada skrin komputer. Ikonik kod!

#6 Tiada Penggunaan CGI Dalam Aksi...

Agak mengangumkan apabila aksi letupan sepanjang filem memang tidak menggunakan efek CGI! Hebat bukan?

Apapun tahukah anda, filem terbaru The Matrix Resurrections telah ditayangkan secara On Demand?

Jadi apa tunggu lagi, strim menerusi On Demand di Ultra Box, aplikasi Astro GO & HBO GO.

(Percuma untuk pelanggan Movies. Dapatkan Pek Movies hanya dari RM94.99/bulan dengan 1 bulan langganan percuma).

Maklumat lanjut di: https://product.astro.com.my/tv