"Bermula Dengan Kes Banjir Buat Saya Beli..." - Zizan Beli Kenderaan Pacuan 4 Roda Untuk Bantu Orang

Asraf Aided
Januari 26, 2022 05:40 MYT
Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak berkongsi kegembiraan membeli kenderaan pacuan empat roda (4x4) berwarna hitam untuk dirinya.
Menurut Zizan, ia merupakan hadiah untuk diri sendiri setelah lama bekerja selain niat menggunakannya untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan.
"Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Hari ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu.
"Bermula dengan kes banjir baru inilah buat saya beli Hilux ini, Tahniah Zizan Razak, Proud of me!" coretnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zizan termasuk rakan-rakan industri seperti Mark Adam, Sissy Imann dan Alif Satar tumpang gembira dan mengucapkan tahniah.
Terdahulu, Zizan pernah berkongsi beberapa info tentang bencana banjir dan mengajak orang ramai menyalurkan bantuan menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM Malaysia.
#Zizan #Kenderaan #Bantu Orang #Pacuan 4 Roda