Hiburan
Bernaung Di Bawah Label Amoeba Culture, Yenny Wonder Girls Tukar Nama HA: TFELT
Bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Yenny kini bernaung di bawah label Amoeba Culture dan dikenali sebagai HA: TFELT.
Menurut wakil label itu, Yenny telah menjadi keluarga Amoeba Culture sejak 7 April lalu sebagai artis solo.
“Pihak kami berjanji akan berusaha lebih keras untuk mempromosikan HA: TFELT, kami akan pastikan dia dapat menunjukkan kebolehan nyanyian serta suaranya yang unik kepada peminat muzik.
“Berkenaan dengan potensi untuk bekerjasama dengan Wonder Girls, kami tidak menolak sebarang kemungkinan dan menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Amoeba Culture juga turut mengucapkan terima kasih kepada produser syarikat JYP Entertainment, Park Jin Young kerana menjaga bekas artis rakamannya dengan baik.
“Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar dan juga nasihat kepada HA: TFELT sepanjang 10 tahun dia bersama JYP Entertainment,” ujarnya.
HA: TFELT merupakan artis solo wanita pertama yang bernaung di bawah label Amoeba Culture sejak 11 tahun syarikat itu ditubuhkan.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Allkpop
Must-Watch Video