“Berniqab Maksudnya Dia Bersedia Hilang Tawaran Duniawi” - Netizen Hormati Keputusan Neelofa Tapi Masih Ada Yang...
Semalam dunia hiburan dikejutkan dengan penampilan baru pengacara dan usahawan fesyen Neelofa yang mengenakan niqab dalam satu entri di Instagram (IG).
Malah, dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik di Twitter, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab.
"Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari," tulis Neelofa.
BACA: Neelofa Tampil Mengenakan Niqab - "Kirimkan Doa Buat Perjalanan Baharu Saya"
Seperti biasa, sesuatu tindakan selebriti itu pastinya mendapat reaksi berbeza-beza daripada netizen.
Namun, berdasarkan pemerhatian Gempak, rata-rata menyambut baik ‘penghijrahan’ berkenaan.
“Neelofa berniqab ni maksudnya dia telah sedia untuk hlang tawaran duniawi untuk lebih dekati Allah SWT, power,” kata seorang netizen.
“Daripada tak bertudung kemudian berniqab. Kakak Neelofa sangat memberi inspirasi,” kata seorang pengguna Twitter.
“Memakai purdah bukan satu perjalanan yang mudah kerana dia akan mengubah penampilan 100 peratus. Tapi dia cuba beri terbaik untuk Allah SWT,” kata seorang lagi warga Twitter.
Walaubagaimanapun, dalam pada ramai yang memberi sokongan terhadap bekas pengacara MeleTOP itu, ada juga segelintir yang bimbang sekiranya keputusan Neelofa itu dibuat secara terburu-buru.
Apapun, marilah kita sama-sama doakan supaya Neelofa terus istiqomah!