gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan

Gempak
Gempak
12/08/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
Seorang pemuda dari Maluku Utara sanggup menyamar sebagai wanita dengan lengkap mengenakan niqab demi memastikan impiannya berkahwin dengan lelaki pujaannya tercapai.
Suspek yang dikenali sebagai Wati atau nama sebenarnya Putra Alfa Juliono Lifu, 21, berasal dari daerah Mangoli telah menjalin hubungan secara dalam talian dengan lelaki dikenali sebagai Alias Arbaim, 21, sejak tahun 2023.
Hubungan mereka terputus seketika sebelum mereka kembali serius pada tahun 2024 dan merancang untuk berkahwin.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Sula, IPDA Rizal Polpoke, penipuan suspek terbongkar sewaktu proses pendaftaran perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran Penduduk dan Pencatatan Sipil.
“Alias tidak menyedari sepanjang komunikasi bahawa pasangannya sebenarnya seorang lelaki kerana Wati sentiasa mengenakan niqab. Mangsa sendiri mengaku perkara itu semasa soal siasat di Balai Polis Mangoli Timur,” jelas Rizal kepada wartawan pada Rabu.
Pada 12 Julai 2025, Wati dilaporkan telah bertolak dari Kampung Bobong ke Kampung Falabisahaya, Daerah Mangoli Utara, sebelum tiba di Kepulauan Sula pada 13 Julai 2025.
Dia dijemput sendiri oleh Alias sebelum mereka bersama-sama ke Dusun Pencoran-Kum, Daerah Mangoli Timur Utara untuk urusan perkahwinan.
“Yang peliknya, sepanjang tempoh empat hari di sana, Alias masih tidak mengetahui identiti sebenar Wati, kerana suspek sentiasa berniqab,” tambah Rizal.
Kebenaran akhirnya terbongkar apabila dokumen rasmi perkahwinan dikemukakan, dan kad pengenalan Wati menunjukkan bahawa beliau seorang lelaki.
Selain itu, Wati juga bukan beragama Islam walaupun selalu mengenakan niqab.
Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga Alias segera membuat laporan polis, dan suspek kini ditahan di Balai Polis Mangoli Timur.
“Kami mengesahkan bahawa suspek kini berada dalam tahanan dan siasatan sedang dijalankan,” tambah Rizal.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Viral
#niqab
#Wati
#Menyamar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement