Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berniqab, Netizen Puji Penampilan Anggun Sherry Ibrahim - "Masya-Allah Semoga Istiqomah"

Shahrin Zulkifle
20/10/2022 12:00 MYT
Penampilan pelakon Sherry Ibrahim yang mengenakan niqab pada sebuah majlis agama mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi muat naik pelakon Zulin Aziz di Instagram, dia berkongsi sekeping gambar sewaktu menghadiri majlis Maulidur Rasul yang diadakan di kediaman usahawan popular Neelofa.

Pada hantaran tersebut dapat dilihat beberapa rakan selebriti yang diundang termasuklah, Sherry Ibrahim, Bella Astilah, Wawa Zainal dan beberapa lain lagi.

Namun, tumpuan wargamaya telah diberikan kepada Sherry Ibrahim yang manis mengenakan jubah labuh dan lengkap berniqab bewarna putih dalam gambar tersebut.

Dalam pada itu, ada segelintir wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji penampilan aktres berusia 39 tahun itu dan mendoakannya terus istiqomah mengenakan niqab.

“Masyallah, Sherry Ibrahim, semoga istiqomah mengenakan niqab,” komen seorang wargamaya.

“Cantiknya Sherry Ibrahim,” ujar seorang netizen.

“Niqab tu Sherry ke? Manisnya dia,” balas seorang lagi wargamaya.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

#Neelofa #Sherry Ibrahim #Zulin Aziz #niqab #Istiqomah