Personaliti
Berpakaian Ringkas, PERMAISURI KITA Turun Masak Untuk Rakyat Terkesan. “Sedap Masakan Tuanku,” – Mangsa Banjir
Kebanyakan rakyat Malaysia maklum dengan kepakaran Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam skil memasak. Ia juga menjadi hobi Tuanku. Tidak hanya untuk santapan keluarga, malah Tuanku juga dilihat suka menjamu air tangannya kepada staf dan rakyat jelata yang berpeluang menikmatinya.
Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, Tuanku turun padang memasak sendiri makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir sekitar kawasan yang baginda mencemar duli. Terbaru, baginda bersama Seri Paduka Baginda, YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser berkenan memasak sajian di KYP Advanced Skills Kubang Buaya, Kuantan, Pahang.
Baginda dilihat begitu lincah dan cekap dalam menyediakan semua perkakas memasak sehingga ke hidangan akhir. Baginda sendiri mencuci telur, memotong sayur, menumis, merencah dan menghidangkan masakan tersebut dengan dibantu kakitangan di sampingnya.
Kredit Foto: IG House of Pahang
Rata-rata penerima makanan amat menghargai budi baik Tuanku. Dalam perkongsian di Facebook Jabatan Netizen Pahang, terdapat satu komen daripada rakyat yang menceritakan pengalaman dikujungi Tuanku ketika banjir pada tahun 2014. Di mana, Tuanku disifatkan bersifat jiwa rakyat apabila tidak mahu disambut dengan protokol dan hidangan VVIP.
Terima kasih Tuanku atas keprihatinan dan sudi mencemar duli membantu rakyat yang dalam kesusahan dan bencana.
Kredit Foto: IG House of Pahang
Kredit Foto: IG House of Pahang
Kredit Foto: IG House of Pahang
Must-Watch Video