Berpangkat Rendah Tapi Wang Simpanan Tak Masuk Akal & Ada Kereta Mewah? Kakitangan Imigresen Ini Akhirnya Kantoi Apabila...
20/11/2020 07:14 MYT
Beberapa kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenal pasti terbabit dengan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, segelintir kakitangan JIM ini rupanya telah ditawarkan dengan hadiah berupa ‘koleksi’ kereta mewah.
Perkara itu terbongkar apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat bertindak merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.
Antara model kereta dirampas pula membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.
Menerusi laporan Harian Metro, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.
"Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.
"Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499," katanya.
Menurut laporan itu lagi, siasatan turut mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk 'membeli' hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017.
Sindiket ejen warga asing ini dikatakan sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk menyogok pegawai imigresen sejak 4 tahun lalu.
Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah.
Sumber & Gambar : Harian Metro