Bintang terkenal Indonesia, Acha Septriasa dikecam netizen apabila dilihat keluar bersama bayinya ketika masih berpantang di hari kelima.

Mereka juga turut mendakwa penyanyi dan pelakon itu tidak peka dan menjaga kesihatan secara sambil lewa.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Acha yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 20 September lalu telah memuat naik foto bersama suami dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.

Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranannya di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.

Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut IG yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak kurang seminggu lalu.

Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan khuatir kesihatan Acha dan anaknya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

"Ngilu lihat Acha berjalan, masih terasa kesan jahitannya," kata Ayu.

"Perutnya itu masih bengkak, kalau saya tak berani nak berjalan-jalan. Sekarang memang tak terasa sakitnya tapi akan datang belum tahu lagi," kata Dinna.

Sementara itu, ada juga yang menasihatkan supaya dia turut mementingkan kesihatan bayinya yang baru beberapa hari sahaja dilahirkan.

"Tidak elok bawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit," kata Ratika

Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.

Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.

"Ya...soalnya, kami tiada pembantu disini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami," tulisnya.

Going for a walk in our new neighbourhood mau groceries shopping ???with Bridgia

A post shared by Jelita S Kharisma (@septriasaacha) on


Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instgaram Acha Septriasa