"Berpeluh, Insomnia Teruk, Gelisah & Hilang..." - Diana Danielle Kongsi Penderitaan Hidap 'Anxiety Attack'
Hanafis Haris
18/08/2019 06:48 MYT
18/08/2019 06:48 MYT
Pelakon Datin Diana Danielle berkongsi detik mencemaskan apabila diserang 'anxiety attack' yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.
Diana berkongsi pengalaman itu menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik semalam.
Menurut Diana, dia diserang 'anxiety attack' sekitar dua minggu lalu apabila simptom penyakit itu muncul satu persatu.
"Saya berpeluh, insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan. Saya fikir saya boleh melawannya," katanya.
Menurut Diana lagi, dia kemudian mula mengalami asma dan pernafasan yang terhad tiga hari lalu.
"Dada terasa ketat dengan pernafasan sangat minumum. Jadi sekarang saya sedang berlawan untuk bernafas dengan mudah.
"Saya akan kongsikan pengalaman ini untuk membantu sesiapa saja yang mengalami nasib sama. Masalah 'anxiety attack' sangat real dan menyakitkan.
"Bayangkan ia mengambil separuh nafas anda selama tiga hari," katanya pada posting tersebut.
Mengjengah ke ruang komen, rata-rata warganet dilihat turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka mengadapi penyakit tersebut.
Tidak kurang juga yang tampil memberi nasihat serta panduan untuk menangani masalah berkenaan.
Selain itu rakan artis juga tidak ketinggalan memberi komen positif yang mendoakan kesihatan Diana pulih.
Antaranya termasuklah Mawar Rashid, Sherry Alhadad, Uyaina Arshad dan Daiyan Trisha.