Laman Utama

"Berpendidikan Tapi Tak Berperikemanusiaan" - Dr. Say Bidas Doktor Pakar Persenda Kes Kematian COVID-19!

gempak
Asraf Aided
30/05/2021
10:29 MYT
Sponsor Banner
"Berpendidikan Tapi Tak Berperikemanusiaan" - Dr. Say Bidas Doktor Pakar Persenda Kes Kematian COVID-19!
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi rasa terkilan dengan tindakan seorang doktor terkenal yang disifatkan menulis kenyataan berbentuk sarkastik di media sosial.
Menurut Dr Say, kenyataan sebegitu adalah tidak berperikemanusiaan dan keterlaluan.
"Hari ini saya dikejutkan dengan satu kenyataan tidak berperikemanusiaan daripada seorang doktor pakar yang cukup ternama di Malaysia.
"Saya tahu sepatutnya saya back up rakan sekerja saya tapi back up pun ada batasannya.
"Menulis komen tentang 98 mangsa Covid yang terkorban adalah sangat tidak okay, siap ada smiley tu," tulisnya menerusi Instagram.
Tambah Dr Say, dia memahami perasaan doktor yang mungkin penat dan bengang dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun kenyataan sebegitu tidak sewajarnya ditulis.
"Saya tahu awak mungkin marah dengan rakyat tak memauhi SOP, tapi janglah keterlaluan dan tak berperikemanusiaan sampai macam itu sekali.
"Mungkin awak penat dengan semua ini, tapi itulah kerja yang kita pilih. Bila awak keluarkan kenyataan macam ini, bukan sahaja orang tidak menghormati awak, tapi juga doktor-doktor lain.
"Saya tahu saya hanyalah pegawai perubatan cabuk, tiada kepakaran, tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang boleh dan tak boleh cakap kepada umum," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Dr Say bersetuju dengan pendapatnya itu.
Terdahulu, seorang doktor pakar ternama meninggalkan komen berkaitan jumlah kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia di laman Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live