Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

'Berperang' Di TikTok, Ini Cara Didie Alias Tutup Mulut Netizen! - "Bagi Saya Senang Je, Saya Akan ..."

Izwan Isa 07/05/2022 | 03:50 MYT

Pelakon Didie Alias cukup dikenali sebagai individu yang gemar memuat naik video di platform TikTok. Pelbagai kandungan dikongsikan termasuklah video peribadi dan juga perkembangan terkininya sebagai selebriti.

Pun begitu, Didie mengakui masih ada yang meninggalkan komen-komen negatif. Cuma tidak sebanyak ketika dia mula-mula membuka akaun media sosial berkenaan.
“Saya sebenarnya mula main TikTok ni waktu mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu semua sedang tertekan kena duduk rumah dan tiada kerja. Jadi itu punca saya main TikTok.
“Bila start main tu, tiba-tiba ramai pula yang ikut dan tonton. Jadi bermula dari situ saya rajin berkongsi kandungan baru setiap hari.
“Kalau nak diikutkan, komen negatif tu ada sahaja, tetapi tidaklah sebanyak dahulu,” ujar Didie kepada Gempak.
Ditanya bagaimana dia memerangi netizen yang kerap meninggalkan komen negatif, Didie berkata, dia akan menyekat individu tersebut daripada terus melihat akaunya.
“Kadang-kadang ada je seorang yang mengata. Tapi ramai juga yang back up. Kalau tiba-tiba notification banyak tu, adalah yang mereka sedang ‘perangkan’.
“Tapi bagi saya senang sahaja. Saya block terus supaya perbualan mereka tidak berangkai-rangkai,” katanya lagi.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Didie mengakui berasa bersyukur kerana dia kini dapat berniaga dan berlakon seperti biasa.
“Alhamdulillah, selepas PKP boleh kembali bekerja. Selepas beberapa bazar hari raya, saya akan kembali ke set penggambaran bagi menyambung baki penggambaran yang tertunggak,” tutupnya.

#Viral #Didie Alias #TikTok #Negatif
;