Pelakon Nonny Nadirah menyifatkan pembatalan majlis perkahwinannya dengan Niezam Zaidi tidak berakhir dengan tragedi.

BACA: Nonny Nadirah Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi - "Tolong Doakan Kebahagiaan Buat Kami ..."

Malah, perpisahan mereka berlangsung secara murni dan kedua-duanya masih bersahabat.

"Kita kena hormat keputusan kedua-dua belah pihak. Berpisah tak semestinya kita gaduh dan saling membenci, kami masih berkawan baik.

"Mungkin jodoh kami lebih kpd berkawan daripada menjadi pasangan.

"Dia baik, saya sayang dia kerana Allah dan saya nak tengok dia bahagia dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami dan doa yang baik-baik ya," tulis Nonny di Instagram.

Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga menitipkan kata-kata nasihat buat mereka yang pernah berpisah dengan pasangan seperti yang dialaminya.

"Allah hantar semua orang yang baik-baik dengan kita. Jangan pernah salahkan bekas pasangan kita. Jangan. Kita sendiri yang perlu perbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik kerana Allah.

"Dalam hidup ini, kadang-kadang kita suka, tapi Allah tak suka. Kadang-kadang kita tak suka, tapi Allah suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dengan semua orang dan dalam apa jua keadaan. Belajar untuk melepaskan. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita," tulisnya.

Kenyataan itu turut disertakan dengan video pendek berdurasi 52 saat menggambarkan rasa syukur Nonny kerana dikurniakan dua sahabat iaitu Heliza Helmi dan Mila Jirin.

Allah hantar semua orang yg baik2 dgn kita, jangan pernah salahkan bekas pasangan kita. Jangan. Kita sendiri yg perlu perbaiki diri kita utk menjadi yg lebih baik krn Allah. . Dalam hidup nie, kadang kita suka tapi Allah x suka, kadang kita tak suka tapi Allah suka. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, dgn semua orang dan dalam apa jua keadaan. Belajar utk melepaskan, Allah lebih tau yg terbaik buat kita. . Kita kena hormat keputusan kedua2 belah pihak. Berpisah x semestinya kita gaduh & saling membenci, kitorang masih berkawan baik. Mungkin jodoh kami lebih kpd berkawan daripada menjadi pasangan. Dia baik, sy syg dia krn Allah dan sy nak tgk dia bahagia dunia & akhirat. Teruskan menyokong kami & doa yg baik2 ya. Love you gais.?

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on


Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan punca mereka berpisah.