"Berpisah Tak Semestinya Bergaduh" - Nonny Nadirah

Amri Hassan
Oktober 26, 2020 14:20 MYT
Pelakon Nonny Nadirah menyifatkan pembatalan majlis perkahwinannya dengan Niezam Zaidi tidak berakhir dengan tragedi.
BACA: Nonny Nadirah Batal Majlis Perkahwinan Dengan Niezam Zaidi - "Tolong Doakan Kebahagiaan Buat Kami ..."
Malah, perpisahan mereka berlangsung secara murni dan kedua-duanya masih bersahabat.
"Kita kena hormat keputusan kedua-dua belah pihak. Berpisah tak semestinya kita gaduh dan saling membenci, kami masih berkawan baik.
"Mungkin jodoh kami lebih kpd berkawan daripada menjadi pasangan.
"Dia baik, saya sayang dia kerana Allah dan saya nak tengok dia bahagia dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami dan doa yang baik-baik ya," tulis Nonny di Instagram.
Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga menitipkan kata-kata nasihat buat mereka yang pernah berpisah dengan pasangan seperti yang dialaminya.
"Allah hantar semua orang yang baik-baik dengan kita. Jangan pernah salahkan bekas pasangan kita. Jangan. Kita sendiri yang perlu perbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik kerana Allah.
"Dalam hidup ini, kadang-kadang kita suka, tapi Allah tak suka. Kadang-kadang kita tak suka, tapi Allah suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dengan semua orang dan dalam apa jua keadaan. Belajar untuk melepaskan. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita," tulisnya.
Kenyataan itu turut disertakan dengan video pendek berdurasi 52 saat menggambarkan rasa syukur Nonny kerana dikurniakan dua sahabat iaitu Heliza Helmi dan Mila Jirin.
Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan punca mereka berpisah.
#Berpisah #Nonny Nadirah #Niezam Zaidi