“Berpuluh Tahun Hidup Tak Pernah Solat Dhuha, Yang Wajib Pun Rongak” – Syatilla Melvin Mahu Perbaiki Diri
Mya Amri
22/02/2021 00:20 MYT
22/02/2021 00:20 MYT
Pelakon Syatilla Melvin mengakui tidak pernah melakukan solat sunat Dhuha sepanjang hidupnya.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini mendedahkan perkara tersebut menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla memberitahu malu untuk mengakui perkara tersebut namun dengan hasrat untuk memperbaiki diri, dia berkongsi niat baiknya itu.
“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini. Dulu solat yang wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat.
“Segan dan malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang cop kita bukan-bukan.
“Tapi bila fikir balik, kenapa tidak aku kongsi je benda ni, mana tahu bila pengikut yang baca ni tiba-tiba terbuka hati nak buat juga ke kan?” tulisnya. />
Dalam coretan yang sama, Tilla meluahkan rasa syukur kerana berjaya melakukan solat Dhuha dan berharap dirinya kekal konsisten terutama dalam hal melibatkan ibadah.
“Tilla pilih untuk kongsi sebab dah berjaya buat! InsyaAllah akan terus konsisten. Disebabkan tak pernah buat solat Dhuha ni dulu, jadi cara nak niat pun kena google tengok YouTube, malu dengan diri sendiri Tuhan ja tahu.
“Tapi bila dah mula buat, rasa sayangnya nak tinggal, rasa macam keperluan pula! Kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tahu. InsyaAllah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari, doakan kami.
“Jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi tu kita ada peluang, setuju sangat kan?” coretnya.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.