Hiburan
Bersalin Anak Keempat, Yatt Hamzah Turun 9Kg Dalam Masa Dua Minggu
Pelakon Yatt Hamzah gembira kerana berat badannya turun sebanyak 9 Kilogram dalam masa 14 hari selepas melahirkan anak keempatnya.
Perkara itu dikongsi Yatt menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Yatt, dia akhirnya yakin untuk tampil menunjukkan wajahnya kepada orang ramai di hari ke-15 berpantang.
"Akhirnya saya berasa yakin untuk tunjuk muka di hari ke-15 berpantang, itupun sebab ada sesi penggambaran 'new born baby' #SuciHawaZulaikha.
"Saya nak kongsi dengan ibu-ibu berpantang di luar sana, saya turun 9 kg dalam masa dua minggu ini. Kali ini lambat sikit berbanding anak-anak sebelum ini sebab saya ada masalah kesihatan selepas bersalin.
"Selalunya lebih 10 kg dalam masa seminggu sahaja, tapi lain anak lain kisah dan pengalama kan," tulis Yatt sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yatt menerusi ruangan komen.
Rata-rata mereka memuji Yatt kelihatan berseri dan mengucapkan tahniah atas kelahiran anak keempatnya itu.
Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfa Medina.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Must-Watch Video