Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Bersalin Sebulan Lepas Kahwin, Pasangan Suami Isteri Jual Anak Sebab Nak Tutup Malu

Izwan Isa 28/10/2023 | 02:50 MYT
Gara-gara melahirkan anak selepas hanya sebulan berkahwin, pasangan suami isteri tergamak menjual cahaya mata perempuan mereka ke pasangan suami isteri lain sebab ingin menutup malu.
Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, perbuatan tidak berhati perut itu terbongkar selepas sepasang suami isteri membuat laporan palsu pada Selasa yang kononnya menemui bayi yang baru sahaja berusia 14 hari itu.

BERITA TRENDING: Wanita Cemas Beri Anak Ubat Expired - “Dia Lembik, Tak Larat, Terus Tumbang”

Menerusi laporan yang dibuat, pasangan tersebut mendakwa mereka menemui sebuah beg bersama sehelai nota tulisan tangan tercatat pengakuan penyerahan anak secara sukarela tanpa nama penulis.
“Selain itu, mereka mendakwa terdapat salinan borang kelahiran bayi itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang tidak lengkap di dalam beg tersebut.
“Siasatan mendapati, laporan awal yang dibuat oleh suami isteri itu adalah palsu apabila mereka mendapatkan bayi tersebut daripada orang tengah dengan sejumlah bayaran,” katanya.

BERITA TRENDING: Ross Ariffin Tak Mahu Susahkan Anak, Sanggup Jadi Gelandangan

Mohd. Adli memberitahu, hasil siasatan lanjut kemudiannya berjaya mengenal pasti dan menahan ibu bapa bayi tersebut berusia 24 dan 26 tahun kelmarin.
Menurutnya, semakan mendapati bayi tersebut dilahirkan di HSNZ pada 5 Oktober lalu.
“Disebabkan malu dan takut diketahui keluarga kerana melahirkan anak dalam tempoh sebulan selepas berkahwin, ibu bapa bayi tersebut telah menyerahkan darah daging mereka sendiri kepada sepasang suami isteri atau pihak kedua untuk dijaga.
“Polis turut menahan seorang lelaki yang berusia 43 tahun dipercayai orang tengah dalam urusan jual beli bayi itu. Rakannya yang masih bebas masih dikesan,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia​

Menurut Mohd. Adli, kelima-lima suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula kelmarin hingga esok.
Katanya, permohonan melanjutkan tahanan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Sumber: Kosmo! Online
#Jual Anak #Tutup malu
;