Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bersalin Secara Normal, Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Sepasang Kembar

Syafiqah Jalal
20/12/2020 05:52 MYT
Penyanyi Ainan Tasneem selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan di Hospital Salam Shah Alam, Selangor pada 18 Disember lalu.

Ainan yang mengesahkan berita gembira tersebut bersyukur kerana kedua-dua anaknya selamat dilahirkan secara normal.

“Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yang barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm.

“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.

“Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat Dr Siti dan jururawat di Hospital Salam,” katanya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Dia itu berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video boomerang bayinya dengan menutupi wajah mereka dengan ‘sticker’ emoji.

Ainan berharap anak-anaknya dapat membesar menjadi seorang anak yang baik dan patuh akan suruhan Tuhan.

“Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang,” katanya lagi.

Ainan berkahwin dengan suaminya Mohammad Ariff pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

#Ainan Tasneem #Bersalin #Kembar #Normal
;