Advertorial

Bersama Dengan 1 Tap! Kehidupan AI Lebih Lancar dengan HUAWEI 2020!

gempak
Hanafis Haris
27/08/2020
08:36 MYT
Sponsor Banner
Bersama Dengan 1 Tap! Kehidupan AI Lebih Lancar dengan HUAWEI 2020!

Pengguna di Malaysia sememangnya bertuah apabila berpeluang menikmati rangkaian dan variasi produk HUAWEI.

Kini dengan hanya satu sentuhan, pengguna boleh menjimatkan masa untuk kehidupan lebih efisyen dan efektif.

Yup dengan hanya sekali sentuh menggunakan peranti mudah alih Huawei, anda mampu menjimatkan masa termasuklah aspek pekerjaan, hiburan, sukan atau media sosial.

Semuanya lebih mudah dengan ekosistem baharu yang diperkenalkan Huawei, 1+8+N.

Lapan jenis peranti termasuklah PC, tablet, vision, speaker, cermin mata pintar, jam tangan pintar, earbuds serta sistem telematik automobil anda boleh dikawal dengan hanya satu sentuhan.

Ini antara tips dan trik menggunakan produk HUAWEI!

#1 Tap Untuk Skrin Lebih Besar & Berganda!

Tahukah dengan HUAWEI P40 Pro anda boleh melakukan kolaborasi skrin pelbagai dengan HUAWEI Matebook X Pro atau Matepad Pro.

Fungsi ini membolehkan anda bekerja dengan lebih efisyen dengan telefon pintar pada HUAWEI Matebook X Pro atau Matepad Pro.

Pindah segala data anda dari telefon ke laptop dengan mudah dengan fungsi ini.

Anda juga boleh menggunakan kamera dan mikrofon laptop untuk panggilan video pada telefon pintar termasuklah HUAWEI MEEtime untuk panggilan yang lebih jelas dan skrin lebih besar.

#2 Tap Untuk Parti Bila-Bila Masa Dengan HUAWEI Sound X!

Menariknya tentang Huawei Sound X ini, ia mempunyai ciri butang sentuh pada bahagian atas yang memudahkan anda menggunakannya tanpa masalah.

Sentuh saja telefon pintar Huawei anda yang menyokong NFC dan Bluetooth, anda akan menikmati pengalaman fungsi OneHop Audio Sharing yang dilengkapi model interaktif HopePod dan Allure.

Kemudian, selepas sambungkan telefon pintar anda dengan Sound X, pembesar suara akan berfungsi sebagai peranti Bluetooth untuk panggilan dan memainkan audio dari telefon anda.

Muzik akan terhenti sendiri apabila ada panggilan masuk dan bersambung sejurus panggilan tamat.

Tips mudah, anda boleh menghentikan seketika pembesar suara dengan hanya meletakkan tangan pada bahagian atasnya.

Selain itu, butang pada peranti ini juga akan menyala dengan warna ‘RGB’ yang menggambarkan ketenangan.

Tak kisahlah anda letakkan di ruang tamu, bilik tidur mahupun dapur, bunyinya sangat mengagumkan! Cubalah sendiri nanti!

#3 Tap Untuk WiFi! Senang Betul

Pastinya anda sering mengeluh sambungan internet yang agak lemah serta sambungan password yang mengelirukan.

Namun dengan Huawei AX3, ia akan menyambung peranti anda dengan jaringan internet dengan hanya sekali sentuh saja. Hebat kan?

Hanya sentuh saja telefon HUAWEI anda pada AX3 wifi router dan anda boleh terus menikmati sambungan internet, semudah itu.

Lebih laju daripada orang lain!

Namun, jika anda mahukan sambungan internet yang maksima anda boleh gabungkan AX3 dengan siri HUAWEI P40.

Anda akan memperoleh sambungan terkini iaitu WiFi 6 yang ternyata lebih meluas dan laju.

#4 Tap Untuk Dengar Muzik Atau Jawab Panggilan Dengan HUAWEI Freebuds3!

Menggunakan Freebuds ini sangat mudah kerana ‘pop-up window’ akan muncul apabila anda menyambung telefon pintar anda dengan Huawei Freebuds 3.

Selepas itu, hanya klik pada pop-up untuk sambungan dan nikmati muzik dengan mudah.

Paling menarik anda hanya perlu ‘tap’ untuk mengawal muzik.

Hanya dua kali 'tap' pada sebelah kanan untuk memainkan atau menukar muzik dan sebelah kirinya untuk fungsi padam atau buka.

Selain itu, anda juga boleh kekal lama dengan Freebuds3 dengan fungsi pengecasan pintar.

Bukan hanya boleh dicas menggunakan USB Type-C, malah anda juga boleh menggunakan pengesan tanpa wayar.

Anda juga boleh guna telefon pintar anda yang menyokong HUAWEI ‘reverse charging’.

#5 Pantau Kadar Kesihatan dan Kecergasan Dengan HUAWEI Watch GT2 dan Telefon Pintar

Tak yakin apabila pantau kecergasan dengan telefon pintar?

Jangan risau, sambungkan saja HUAWEI WATCH GT2 dengan telefon pintar anda.

Ia akan berfungsi sebagai jurulatih kecergasan anda ketika bersenam.

Huawei Watch GT2 juga boleh mengesan kadar degupan jantung, tahap tekanan dan merekodkan sesi latihan anda.

Ia dilengkapi dengan 15 modul sukan dan boleh memantau kesihatan anda berdasarkan modul yang berbeza.

Ia juga akan menyediakan analisis data sebelum dan ketika bersukan.

Malah, turut memberikan nasihat profesional selepas tamat sesi senaman. Macam coach lah!

Anda juga tiada masalah untuk mengangkat panggilan telefon atau video kerana ia dilengkapi fungsi speaker dan mikrofon.

Malah, Huawei Watch GT2 punyai fungsi kalis air dengan standard 5ATM.

Tidak kiralah anda dimanam, dengan sekali 'tap', anda boleh kekal aktif dan pada masa kekal berhubung dengan yang tersayang pada bila-bila masa.

Jadilah pengguna yang lebih pintar dan hebat menerusi Kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE

Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N, anda boleh klik di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024