Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bersedekah Sembunyi Atau Terang-Terangan, Allah Akan Terima, Asalkan Tak Riak” - Ustaz Adnin

Izwan Isa
06/05/2022 11:50 MYT
Amalan sedekah memang dituntut dalam Islam. Hal ini juga dapat dilihat daripada amalan memberikan duit raya setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Menurut pendakwah bebas yang popular di media sosial, Ustaz Adnin, pemberian duit raya merupakan satu amalan yang sangat baik.

“Trend memberikan duit raya ini sebenarnya budaya kaum Melayu. Budaya ini bagus kerana pemberian duit raya dilihat sebagai satu sedekah.

“Sedekah pula merupakan satu amalan baik dan murni yang sangat dituntut dalam agama kita. Jadi, teruskanlah amalan yang baik ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Adnin berkata, memang sifat ikhlas perlu ada ketika memberi, namun, sifat ikhlas tidak hanya tertakluk dengan pemberian secara senyap-senyap.

“Ikhlas tak semestinya kita buat senyap-senyap. Ada orang kata kita sedekah terang-terang tu riak, tapi senyap-senyap pun boleh jadi riak.

“Riak ini berlaku apabila kita buat sesuatu dengan sebab kita nak pujian. Tapi kalau kita bagi terang-terangan pun, sebab kita nak jadikan contoh yang baik kepada orang. Jadi, tiada masalah.

“Dalam Al-Quran, Allah memuji orang yang memberi. Bersedekah sembunyi atau terang-terangan, Allah akan terima, asalkan tak riak,” tutupnya.

#Duit Raya #Sedekah #Ustaz Adnin
;