Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bersedia Saman Malu Individu Yang Mengaibkannya, Ustaz Ebit Lew: "Saya Sangkal, Semua Fitnah Semata Mata"

Asraf Aided
21/07/2021 12:01 MYT
Selepas diasak dengan pelbagai kontroversi dan pendedahan yang disifatkan sebagai tidak berasas, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

Ebit mengatakan perlu untuk beliau menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi meluruskan perihal yang diwarwarkan dalam media sosial sehingga menimbulkan banyak salah faham.

"Saya boleh kata semua tuduhan yang dibuat adalah tidak benar. Fitnah semata mata dan saya sangkal," ujar Ebit Lew kepada pihak media yang ditemui usai beliau membuat laporan polis.

Sambil ditemani oleh peguamnya, Ebit menegaskan beliau tidak suka untuk mencari musuh atau menjawab sebarang tuduhan kepadanya kerana enggan memanjangkan perdebatan.

"Namun saya kena jawab pertuduhan yang dilemparkan kepada saya, keluarga. Saya sedih," katanya tenang.

Beliau juga meminta pihak media bersabar dan berjanji akan menjelaskan semua perkara yang ditimbulkan mengenai kegiatan dirinya melakukan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru baru ini, esok.

"Esok saya akan jawab semua, saya tak ada benda nak sorok. Saya masuk ke Gaza memang dengan niat nak menolong. Saya tak pernah buka tabung untuk Gaza," katanya lagi.

Bagaimanapun Ebit sempat menjelaskan dirinya memasuki Gaza dengan menggunakan duit sendiri, bukan dibiayai pihak lain.

"Ya, duit sendiri, bukan dibiayai dari pihak lain," jelasnya.

Menurut Ebit, beliau juga tidak teragak agak mengheret individu yang memfitnahnya ke muka pengadilan.

"Saya akan saman malu, saya akan buat mengikut proses undang undang," katanya seperti yang dipaparkan menerusi Instagram Live sebentar tadi.

Terdahulu, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri tampil memberi teguran mengenai misi kemanusiaan Ebit Lew dan pasukannya di Gaza.

Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mendakwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan m ke Gaza tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.

BACA: Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri Bongkar Lima Perkara Ini - "Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka..."

Foto: IG Live Ustaz Ebit Lew
#Laporan Polis #Ustaz Ebit Lew #Gaza #Tindakan Undang-Undang